Tuesday, May 13, 2008

Selamat Hari Ibu

11 Mei
Aku pun tak tahu,kenapa tarikh 11 Mei dijadikan sebagai sambutan Hari Ibu..satu dunia ka sambut?Kalau kat Jepun ni,11Mei jugak..sedunia la kot kan..

Tapi ingat
Ingatan kita pada Ibu kita bukanlah hanya pada 11 Mei
bukanlah hanya pada hari lahirnya

Macam-macam cara yang ada
berdoa selepas sembahyang..kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk Ibu
dan jgn biarkan Ibu kita sedih menanggung rindu akan kita,kerana jarang nya kita hubungi Ibu..Tak perlu berjam-jam lamanya,cukuplah telefon bertanyakan khabar..seminit dua pon sudah memadai..sedarlah bahawa kita akan tergolong dalam golongan anak derhaka jika hati Ibu terluka..takut kan..

9 bulan..mengandungkan kita
bukannya 9 hari mahupun 9 jam
nak habiskan kelas 1jam tu pon aku dah rasa lama gila
inikan pula 9bulan
besarnya pengorbanan Ibu
takkan terbayar dengan apa jua sekalipun

saat kita dikandungkan
sampai lah kita dilahirkan
dan sehingga kita besar
ditatang,dibelai..
dididik dgn ilmu berguna
bersengkang mata siang dan malam
sedikit pun tak mengeluh
`uh` sekalipun
tengah2 malam la kita lapar susu
tengah2 malam la kita buat `projek besar`
ingat wangi sangat ka `harta karun` kita tu?
pancut sana,pancut sini
tengah lena tidur pun,Ibu sanggup bangun..

bukan kata nyamuk seekor,semut nak bersiar-siar kat badan kita pun dihalang oleh Ibu..
jangan kata parut,bekas merah nyamuk hinggap pun Ibu dah risau..
disapunya ubat

Bila dah besar sikit
kita pon dah nak start pi skolah
bangun pagi punya la baloq liat
pagi2 nak mandi ayaq panas
nak sarapan telur separuh masak la,koko crunch la..
pagi2 buta dah order macam2
tapi Ibu buat juga
tak biarkan kita kelaparan

Siap2 ke sekolah
pakai baju ngan sikat rambut pon takleh lagi buat sendiri
Ibu juga yang tolong kita
dah siap,Ibu kayuh basikal hantar kita ke sekolah
bukannya dekat,jauh..
Ibu bukannya larat sangat nak kayuh basikal
Tapi,demi nak anaknya mendapat ilmu yang berguna
digagahkan nya jua
sepenuh tenaga tulang 4 kerat tu digunakan

Bila dah besar lagi skit
masuk asrama
mula2 masuk tiap2 ari telefon
maklumla,homesick la katakan
susah hati la Ibu kita..
takut anaknya diragging ka
kawan2 buli ka
ish,banyak la benda yang Ibu kita risaukan

dah besar panjang lagi skit
kita dah pandai kenal apa itu cinta
awek-balak la konon
dah ada awek,
Ibu ketepi
awek la yg 1st
dialah hidup mati
`tanpamu Joyah,hidupku bagaikan terumbang-ambing`..
`you jump i jump`
perghh...geli siot
kredit telefon abis dok tepon awek ja
bila kredit abis,baru telefon Ibu
minta topupkan
ek ele,tak malu pulak..

bila dah besar dan besar lagi panjang
dah nak berumah tangga
dah ada isteri..
`kaulah wanita pertama yang aku cintai,tiada dua mahupun ketiga`
Ibu kat umah apa cerita?
menunggu dan terus menunggu
kot2 la anak nak balik

Isteri sendiri pon belum tentu dapat masak makanan kegemaran kita
bila balik kampung,macam2 order kat Ibu
sambal tumis ni la,sambal tu la
masak lemak la,gulai la
amboi,ingat restoran Mak Leha ka?

dah keja tu
duit gaji dihulurkan ka?
simpan buat pekasam?
belanja macam2 boleh
tapi rm50 kat Ibu pun takleh nak bagi

dah ada anak
beranak pinak
kat Ibu jugak kita bagi bela
dahla beban bela kita dulu..
dah tua2 pon nak kena bela anak kita pula..
kesian Ibu
tapi Ibu tak kisah,Ibu suka kan
dapat main ngan cucu

nanti,
dapatkah kita jaga Ibu
sepertimana Ibu menjaga dan mengasuh kita?
fikirlah..
Ibu hanya seorang..
Ibulah segalanya..
Ibulah ratu
Ibulah penawar
Ibulah jatung hati ini

Selamat Hari Ibu...

3 comments:

fsj said...

touching bace pasal ibu ni.
semoge jadi anak yg soleh.

p/s- suke sangat lagu kitaro ni! mase kecik2 dulu ayah saye suke sgt pasang. :)

Amir said...

tq 4 ur comment
best kan lagu ni
touching semcm ja..

semoga awk pon jd anak yg solehah..all the best kat negeri org..pandai2 bwk diri,insyaAllah kita terpelihara dari segala tak diingini..

fsj said...

time kaseh, all the best to u too :)
doanye camtula, terpelihare dr segale tak elok..

p/s- ha'a lagu die best, syahdu.. recall kenangan mase kecik2 ngn ayah :|