Monday, April 28, 2008

Ibu


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu


Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? Aku cari pasanganku
Bila sedih? Aku cari Ibu
Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku
Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine.... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu...... ..Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila....Bila. ....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak telefon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Cinta

Aku pernah menyintainya
seakan..
separuh nafasku berada di dalam dirinya
sesak nafasku tatkala berjauhan
aku tak mampu
melawan perasaan ini

Kini
semuanya sudah berlalu..
aku tahu
semakin aku mengejarnya
semakin jauh dia lari meninggalkan aku

aku berserah..
mungkin dia bukan untukku
mungkin juga itu semua dugaan dari-Nya

aku masih..
cinta dia
bodohnya aku
menyeksa hati dan perasaan ini

Aku sebak
sesak nafas ini merinduinya
kenangan aku dan dia
biarlah aku simpan erat dalam diari hidupku

ya Allah
kalau benar dia adalah jodohku
Kau temukanlah aku dan dia

Cinta,aku abadikan dirimu dalam hatiku..
selamanya

Sunday, April 27, 2008

Teman Setia















Waktu engkau masih kanak-kanak………….

kau laksana kawan sejatiku

Dengan wudu’, Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari

Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa…………..

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…….

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..

Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

Engkau abaikan dan engkau lupakan…

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu

Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu

Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.

Menonton siaran telivisyen

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk

Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu………

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…

Setiap saat berlalu…

Dan akhirnya…..

kubur yang setia menunggu mu………..

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…

Di kuburmu nanti….

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah “Al-Qur’an”,kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.

Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…….

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.

Sentuhilah Aku kembali…

Baca dan pelajari lagi Aku….

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil

Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri….

Dalam bisu dan sepi….

Tuesday, April 08, 2008

Hidup Ini


Betul kata orang

"langit tak selalunya cerah"

"hidup tak selalunya indah"

"ku sangkakan panas berpanjangan,rupanya gerimis pula mengundang"


Hidup ini penuh dengan ujian
ujian dari Allah
yang kadang-kala membuatkan kita hilang arah dan tujuan
mematahkan semangat-semangat yang ada
sampai ada yang sanggup menyalahkan takdir

"hidup ini tak adil !!!"

"kenapa aku yang ditimpa masalah??"

Tapi..
kadang-kadang kita tak sedar
atau mungkin dah sedar,tapi buat-buat tak tahu

Hati orang yang diduga dengan ujian-Nya lebih lunak
untuk mendekatkan diri dengan Allah
masakan Allah tidak tahu
betapa hancurnya hati kita
betapa peritnya dugaan yang perlu kita hadapi
betapa gundahnya perasaan kita

Tapi,
hati yang sebegitulah
lebih lunak mengingati-Nya

Sunday, April 06, 2008

cuti2 spring di malaysia



Cuti musim bunga aku di Malaysia kali ini aku rasa sungguh bermakna. Dapat bercuti ke Perak bersama femili..best2..bukan apa,dah lama tak jalan2 ngan femili..

Bincang punya bincang,kami pon tetapkan la tarikh dan tempat yang bakal kami lawati..Bukit Merah ngan Taiping..mula2 nak pi langkawi,tapi memandangkan ada budak kecik Amani tu,susah plak nak bawak..lagipon barang banyak,susah naik bot..

11 Mac 2008 bersamaan hari Selasa,kami bertolak ke Perak dengan 2 buah kereta.."tak sabar"..itulah ungkapan paling sinonim buat masa itu..excited sgt..bertolak pagi dari rumah kak di sg.petani dan sampai di bukit merah 2jam lebih selepas tu.Selesai urusan check-in,kami pun masuk ke bilik untuk makan tgh hari dan rehat2 sebentar.Selesa,luas..best btol bilik tu.apartment 2 bilik tu amat selesa buat kami sekeluarga..Pekena plak nasi yang Mak ngan Kak masak dari rumah..perghhh terangkat siot..



Danial nak mandi kolam renang.Paksu ngan Paklang pon tumpang sekaki.Paklong plak juru kamera..Mak,Kak,Kak Elin n Amani di bilik..Puas mandi,kami balik ke bilik dan siap2 nak keluar pergi Taiping..

Zoo Taiping..rasa seronok juga dah lama tak pi zoo.Naik keretapi keliling zoo..best2..

On the way balik,singgah beli kfc untuk bawak balik makan kat bilik..Singgah R&R pun sempat lagi membeli makanan..

Keesokan harinya,dalam perjalanan balik tu,singgah Queensbay Mall kat penang..pastu pi padang kota..dan lepas tu balik rumah..

Thanks to Mak,Kak,AbgMir,BangMie,KakElin,Danial n Amani sebab sudi bawak saya jalan2..hehe..

Wednesday, April 02, 2008

rindu



1 April 2008
Bukanlah hari yang gembira buat diriku..mengapa perpisahan yang berlaku?..aku rindukan mereka..aku rindukan suara-suara itu..aku rindukan kehangatan tangan yang menggengam erat tanganku..aku rindukan leteran itu..aku rindukan senyuman itu..aku rindukan gelak tawa itu..aku amat rindukan mereka..aku belum puas menatap wajah mereka..dan kini aku harus kembali..kembali ke dunia yang sepi..ya Allah,hati ini terlalu seksa menahan rindu itu..