Wednesday, May 28, 2008

Oyama Kouen










Petang bila ntah,pergi bersiar-siar ngan Pai n kohai,Sapuan..Test2 kamera Nikon d60..wah memang best ar kamera ni..

Sunday, May 25, 2008

Takziah

Salam takziah buat temanku Syamim
Ayahnya pergi menemui Ilahi tanggal 24Mei..Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Al-Fatihah..Semoga ang tabah meneruskan ujian dan dugaan Allah SWT..Yang masih hidup teruskan perjuangan..Aku mungkin bukan terbaik untuk ang,tapi aku selalu ada di sini untuk mendengar segalanya..Ganbarou!!..

Saturday, May 24, 2008

Lelaki dan Sutera

Memandangkan Ujian kemasukan ke Universiti di Jepun sudah hampir waktunya,maka pada waktu beginilah masing-masing sibuk belajar dan tidak ketinggalan juga persiapan pakaian,iaitu kot dan tali leher..aku sebenarnya dah lupa mengenai perkara ni,tetapi ada seorang kawan yang mengingatkan bahawa lelaki diharamkan memakai sutera..betul jugak kan,lelaki diharamkan memakai sutera dan juga sebarang jenis emas..

aku cuba mencari tie selain dari sutera/silk atau dalam bahasa jepun nya dipanggil kinu.tak kira di japan auction mahupun jusco oyama sekalipun,kebanyakannya diperbuat daripada sutera 100%..aku sudah bertanya dengan makcik kedai di jusco tu,dia kata semuanya dari sutera..

So aku ingat nak pakai tie JPA bagi sebelum fly aritu ja la..tapi tgk kat belakang tie tu,tertulis perkataan yang sgt jelas.."SILK 100%"..hmm..tie yang JPA bg pon diperbuat dari sutera???dalam hati mengutuk.."apa la JPA ni,bagi kami tie sutera"..

aku tanya juga kawanku yang arif atau mungkin boleh dikatakan lebih mendalam ilmu agamanya..dia pon kata lelaki memang takle pakai sutera..hmm..

aku telefon pula Mak di kampung..Mak kata kalau tie ok kot..sebab bukannya pakai di badan atau melitupi seluruh badan kan...Hmm..banyak pendapat disini..

aku dah check kat internet td..
beginilah ayat-ayatnya

Hukum memakai tie (tali leher) daripada 100% pure silk (sutera tulin):
Dalam hal ini kita membawa dalil hadis yang berbunyi:
HR Muslim dari Umar al Khattab bahawa RasuluLlah saw melarang memakai sutera kecuali pada tempat selebar dua, tiga atau empat jari..

Dalam kitab Nahjul Balaghah (Imam Ali), sedikit sutera utk lelaki adalah diharuskan, sebab itu adalah bab berpakaian, dan kemungkinan pakaian itu memerlukan sedikit sutera.

Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah, Jld 2) berpendapat memakai sedikit sutera bagi lelaki adalah harus.

Rumusan:
Hukum haram sutera ialah bila kita memakai keseluruhan pakaian itu daripada sutera; tapi jika hanya tie saja yang diperbuat drpd sutera, maka ia adalah harus. Sebab tie itu hanyalah sebahagian kecil daripada pakaian keseluruhan kita yang tersiri daripada baju, singlet dan seluar serta kot.

Jumhur fuqaha juga bersependapat, jika fabrik pakaian seperti baju itu bercampur dengan sutera dan fabrik lain lebih banyak drpd sutera, ia juga adalah harus memakainya.

Wednesday, May 21, 2008

malam yang indah

Salam
Jam di komputer aku menunjukkan 4.04 pagi(3.04 pagi waktu Malaysia).Sudah cuba sedaya upaya untuk melelapkan mata.Tapi macam susah ja..Esok kls 8.40 pagi..Ntahla,apa yang mengganggu fikiran aku malam ini..Mungkin petang tadi dah tertidor sebentar.Agaknya sebab tu la susah nak lelap malam ni..Hmm mungkin la

Hari ini kelas seperti biasa..seperti sebelum2 ini..tiada apa yang spesel.Pagi tadi dapat mail dari Houjyo Sensei.Dia cakap suruh buat slide presentation cepat2.Rabu depan dah nak kena present.Hmm..aku dah try buat tadi.Alhamdulillah dah 60% siap..Tahun lepas nya `rinko` aku satu group ngan budak2 Jepun,so takla kalut sangat nak pikir nak buat ayat apa.tapi tahun ni last projek.Sorang2..huhu..semuanya sorang2..ada la Sensei tolong skit2..takpa la,baru berdikari skit kan..

Petang tadi pergi Jusco.Shopping apa yang patut utk bekalan seminggu..Sayur,bawang..mcm2 lagi la..penuh raga basikal..kat handle pon sangkut.Hmm nasib baik la Jusco dekat ngan kosen..benri2..

Kalu kat Malaysia,bila tgk Mak Abah skali shopping,mau penuh troli diisi.maklumla banyak barang dapur nak kena beli..itu ini..tgk skali Abah bayar mau dekat rm200..huhu..beratnya tanggungjawab seorang Ayah kan..jaga makan minum,pakaian anak isteri..bila dah hidup sendiri kat sini,suma barang kena beli sendiri,urus duit sendiri,baru la kita tahu betapa susahnya nak cari duit.betapa pentingnya duit.dulu kat umah asyik minta duit kat abah..nak beli baju la,seluar la..huhu..kesian Abah..mesti pening pala ngan aku sorang ni..nak mcm2..hmmm...

Nanti keja apa ya?dah kena pikir ni..nak keja,ada keta sendiri,ada umah sendiri,ada isteri sendiri..hehe..nak anak 4 orang..ntahla..kadang2 best gak berangan..syok sendiri..takpa la,angan2 kalau ada azam okey ja kan..mampukah aku memikul tanggunjawab besar tu..bukan senang nak jaga anak dara orang..tanggungjawab aku utk Mak Abah aku takkan aku lupakan..insyaAllah..

K la..nak try lelapkan mata..sambil berangan yang indah2..huhu..
Wassalam

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Lahir Mak

Salam semua..
Hari ini 15Mei hari lahir mak aku..Selamat hari lahir ya Mak..ceq mampu call dan wish selamat ja la dari kejauhan..dengar cerita kak belikan tudung untuk Mak..BangMie pulak belikan periuk..hehe..

Esok jumaat..Kelas hari jumaat tak tensen sgt..pukul 8.40pg sampai 12.20 tghhari ja..2masa "zairyokyoudogaku"(kekuatan bahan),dan lagi 2masa PJ..yeye..main bola tampar..tapi segan la,ada awek jepun dlm group aku..tapi takpa la,dia pon bukannya tere sgt pon..hehe..esok pukul 5 ptg macam biasa ada kelas tambahan untuk student2 yang nak ambil exam entrance U..

tadi siang dah setelkan hantar borang Toyohashi Daigaku..rasa lega sikit..dah bayar 3Man siap(lebih kurg rm900)..harap2 lulus la..insyaAllah..kalau rezki aku di situ..

Bosan sebenarnya belajar kat sini..dan muak jugak aku tgk muka2 mata sepet penjajah tu..haha jahat btol aku..tapi diorang ok la,sekarang aku dah leh kwn ngan suma bdk kls aku..masa awal2 datang 3tahun lps,mmg susah gak ar nak masuk..

Tadi bosan2 buka web TV3..saja2 tengok sindarela ngan vice versa..erm,dari segi jalan cerita,ok la..tp ntahla,tak berapa berkenan sgt dgn adat yg cuba dipaparkan dlm drama tu..layan je la..kadang2 takut gak kan tgk orang Malaysia zaman skrg..dah lebih2 org putih lak aku tgk..nasib baik adegan atas katil tak tunjuk..huhu...aku lagi suka TV jepun..serius bagi aku sangat222 best..byk rancangan2 lawak..drama pon best2..pelakon pon comel2..haha..layan je la...

28hb ni ada presentation utk research aku..satu apa pon tak buat lagi..wah serabut2..dah la nak dekat ngan exam mid-sem..bulan 6 ni jugak aku kena join Japan Spring Conference..cuak gak doh..nak kena berdiri depan org2 jepun yg bijak2 lagi pandai then terangkan kat diorang tajuk aku..wahh..baru study skit2 ja..pastu bulan 6 ni jugak ada exam Entrance U utk Yamaguchi Daigaku..wahhh busy2..semoga diberi kekuatan utk aku teruskan perjuangan hidup di sini..insyaAllah...

Tuesday, May 13, 2008

Selamat Hari Ibu

11 Mei
Aku pun tak tahu,kenapa tarikh 11 Mei dijadikan sebagai sambutan Hari Ibu..satu dunia ka sambut?Kalau kat Jepun ni,11Mei jugak..sedunia la kot kan..

Tapi ingat
Ingatan kita pada Ibu kita bukanlah hanya pada 11 Mei
bukanlah hanya pada hari lahirnya

Macam-macam cara yang ada
berdoa selepas sembahyang..kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk Ibu
dan jgn biarkan Ibu kita sedih menanggung rindu akan kita,kerana jarang nya kita hubungi Ibu..Tak perlu berjam-jam lamanya,cukuplah telefon bertanyakan khabar..seminit dua pon sudah memadai..sedarlah bahawa kita akan tergolong dalam golongan anak derhaka jika hati Ibu terluka..takut kan..

9 bulan..mengandungkan kita
bukannya 9 hari mahupun 9 jam
nak habiskan kelas 1jam tu pon aku dah rasa lama gila
inikan pula 9bulan
besarnya pengorbanan Ibu
takkan terbayar dengan apa jua sekalipun

saat kita dikandungkan
sampai lah kita dilahirkan
dan sehingga kita besar
ditatang,dibelai..
dididik dgn ilmu berguna
bersengkang mata siang dan malam
sedikit pun tak mengeluh
`uh` sekalipun
tengah2 malam la kita lapar susu
tengah2 malam la kita buat `projek besar`
ingat wangi sangat ka `harta karun` kita tu?
pancut sana,pancut sini
tengah lena tidur pun,Ibu sanggup bangun..

bukan kata nyamuk seekor,semut nak bersiar-siar kat badan kita pun dihalang oleh Ibu..
jangan kata parut,bekas merah nyamuk hinggap pun Ibu dah risau..
disapunya ubat

Bila dah besar sikit
kita pon dah nak start pi skolah
bangun pagi punya la baloq liat
pagi2 nak mandi ayaq panas
nak sarapan telur separuh masak la,koko crunch la..
pagi2 buta dah order macam2
tapi Ibu buat juga
tak biarkan kita kelaparan

Siap2 ke sekolah
pakai baju ngan sikat rambut pon takleh lagi buat sendiri
Ibu juga yang tolong kita
dah siap,Ibu kayuh basikal hantar kita ke sekolah
bukannya dekat,jauh..
Ibu bukannya larat sangat nak kayuh basikal
Tapi,demi nak anaknya mendapat ilmu yang berguna
digagahkan nya jua
sepenuh tenaga tulang 4 kerat tu digunakan

Bila dah besar lagi skit
masuk asrama
mula2 masuk tiap2 ari telefon
maklumla,homesick la katakan
susah hati la Ibu kita..
takut anaknya diragging ka
kawan2 buli ka
ish,banyak la benda yang Ibu kita risaukan

dah besar panjang lagi skit
kita dah pandai kenal apa itu cinta
awek-balak la konon
dah ada awek,
Ibu ketepi
awek la yg 1st
dialah hidup mati
`tanpamu Joyah,hidupku bagaikan terumbang-ambing`..
`you jump i jump`
perghh...geli siot
kredit telefon abis dok tepon awek ja
bila kredit abis,baru telefon Ibu
minta topupkan
ek ele,tak malu pulak..

bila dah besar dan besar lagi panjang
dah nak berumah tangga
dah ada isteri..
`kaulah wanita pertama yang aku cintai,tiada dua mahupun ketiga`
Ibu kat umah apa cerita?
menunggu dan terus menunggu
kot2 la anak nak balik

Isteri sendiri pon belum tentu dapat masak makanan kegemaran kita
bila balik kampung,macam2 order kat Ibu
sambal tumis ni la,sambal tu la
masak lemak la,gulai la
amboi,ingat restoran Mak Leha ka?

dah keja tu
duit gaji dihulurkan ka?
simpan buat pekasam?
belanja macam2 boleh
tapi rm50 kat Ibu pun takleh nak bagi

dah ada anak
beranak pinak
kat Ibu jugak kita bagi bela
dahla beban bela kita dulu..
dah tua2 pon nak kena bela anak kita pula..
kesian Ibu
tapi Ibu tak kisah,Ibu suka kan
dapat main ngan cucu

nanti,
dapatkah kita jaga Ibu
sepertimana Ibu menjaga dan mengasuh kita?
fikirlah..
Ibu hanya seorang..
Ibulah segalanya..
Ibulah ratu
Ibulah penawar
Ibulah jatung hati ini

Selamat Hari Ibu...

Saturday, May 10, 2008

oyasuminasai~

semoga hari esok
bakal memberikan aku sinar
agar aku tabah
terus tabah hadapi ujianNya

ya Allah..
kalau esok
aku masih bernyawa
bernafas atas dunia pinjaman ini
akan aku terus hadapi
liku-liku hidup
yang aku sendiri tak tahu arah tujunya

tetapi..
kalau esok
ditakdirkan aku pergi
menemuiMu
tempatkan lah aku
dikalangan orang-orang yang beriman..

p/s:mengucap 2 kalimah syahadah sebelum tidur..

Wednesday, May 07, 2008

rindu itu

tadi petang call mak..

Aku : Assalamualaikum Mak..
Mak : Waalaikumussalam..Ha ceq
Mak : ......(diam)...

tiba-tiba dengar mak menangis..Ya Allah,kenapa ni..

Aku : Awat Mak?Pasaipa?
Mak : Takda pa aih..td tgk drama hari Ibu..
Aku : Sedih ka?
Mak : Erm..baru2 ni tv asyik tayang drama ngan ceramah pasal ibu..sedih la..
pastu ceq call,lagi la sedih,lama tak dengar suara ceq..
Aku : Mak rindu ceq dak?
Mak : Rindu la..
Aku : Sori Mak,lama tak call,cuti ni pi Tokyo..

Mak rindu aku..ya Allah,Mak nangis sebab aku..Maafkan ceq Mak..

Esok dah start sekolah..cepatnya cuti 4hari berlalu..huhu
Hujung minggu ni aku akan ke Nakagawa utk program Homestay..
Dan Isnin 12hb tu ada pula Interview dengan Pengetua Kolej..Interview untuk masuk universiti..cuak gak..Ganbarimasu!

Friday, May 02, 2008

Ayah..


ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Ihsan: aeman