Saturday, May 24, 2008

Lelaki dan Sutera

Memandangkan Ujian kemasukan ke Universiti di Jepun sudah hampir waktunya,maka pada waktu beginilah masing-masing sibuk belajar dan tidak ketinggalan juga persiapan pakaian,iaitu kot dan tali leher..aku sebenarnya dah lupa mengenai perkara ni,tetapi ada seorang kawan yang mengingatkan bahawa lelaki diharamkan memakai sutera..betul jugak kan,lelaki diharamkan memakai sutera dan juga sebarang jenis emas..

aku cuba mencari tie selain dari sutera/silk atau dalam bahasa jepun nya dipanggil kinu.tak kira di japan auction mahupun jusco oyama sekalipun,kebanyakannya diperbuat daripada sutera 100%..aku sudah bertanya dengan makcik kedai di jusco tu,dia kata semuanya dari sutera..

So aku ingat nak pakai tie JPA bagi sebelum fly aritu ja la..tapi tgk kat belakang tie tu,tertulis perkataan yang sgt jelas.."SILK 100%"..hmm..tie yang JPA bg pon diperbuat dari sutera???dalam hati mengutuk.."apa la JPA ni,bagi kami tie sutera"..

aku tanya juga kawanku yang arif atau mungkin boleh dikatakan lebih mendalam ilmu agamanya..dia pon kata lelaki memang takle pakai sutera..hmm..

aku telefon pula Mak di kampung..Mak kata kalau tie ok kot..sebab bukannya pakai di badan atau melitupi seluruh badan kan...Hmm..banyak pendapat disini..

aku dah check kat internet td..
beginilah ayat-ayatnya

Hukum memakai tie (tali leher) daripada 100% pure silk (sutera tulin):
Dalam hal ini kita membawa dalil hadis yang berbunyi:
HR Muslim dari Umar al Khattab bahawa RasuluLlah saw melarang memakai sutera kecuali pada tempat selebar dua, tiga atau empat jari..

Dalam kitab Nahjul Balaghah (Imam Ali), sedikit sutera utk lelaki adalah diharuskan, sebab itu adalah bab berpakaian, dan kemungkinan pakaian itu memerlukan sedikit sutera.

Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah, Jld 2) berpendapat memakai sedikit sutera bagi lelaki adalah harus.

Rumusan:
Hukum haram sutera ialah bila kita memakai keseluruhan pakaian itu daripada sutera; tapi jika hanya tie saja yang diperbuat drpd sutera, maka ia adalah harus. Sebab tie itu hanyalah sebahagian kecil daripada pakaian keseluruhan kita yang tersiri daripada baju, singlet dan seluar serta kot.

Jumhur fuqaha juga bersependapat, jika fabrik pakaian seperti baju itu bercampur dengan sutera dan fabrik lain lebih banyak drpd sutera, ia juga adalah harus memakainya.

2 comments:

Anonymous said...

nice... skang baru saya tau.

jap, jumhur fuqaha tu ape?maaf tak reti sangat bahasa arab.

Anonymous said...

aku pon pakai tie JPA gak masa mensetsu ari tu..