Wednesday, November 19, 2008

pindah2

atas sebab yang tak dapat dielakkan, blog ini telah berpindah ke http://amir5656.wordpress.com/

sama2 la kita berkongsi idea dan pendapat di sana

sekian,terima kasih

Monday, June 30, 2008

yamaguchi part 2












alhamdulillah akhirnya sampai juga kat eki dekat yamaguchi daigaku,ube shinkawa..Gorey,Alan Geli n Wan aksi dtg jemput dgn berkeretakan honda civic gorey..best btol ada keta kan..senang nak gerak mana2..lapaq gila time tu,so pi mkan2 kat Joyful,family restaurant..lega2..kenyang dan boroi..

Mlm tu tidoq umah Gorey..bapak best gila kaikan Yamadai..gorey kata tu umah kelamin..ada bilik satu,ruang tamu,bilik air,dapur..perghh serius selesa..sebulan bayar 10000yen ja..Mlm tu tidoq pkol 4lebih..Maklumla lama tak jmpa bazlan n bazwan,byk benda nak dikongsi..gelak tawa pengubat rindu la katakan..

Esok tu bangun pkol 8..exam start 10.30pg..mandi2 siap2..pakai kot..perghh semat2..tapi serius ketaq..ya la,takut gak soklan apa yg bakal kuaq..

tepat jam 10.30pagi,exam paper Mate start..cuak sbb bentuk soalan dah lain dgn kakomon(past year nya soalan)..ya Allah,cemas nya..tapi alhamdulillah leh jwb suma cuma ada yang tak yakin..

Lepas abis exam kami pon pi lunch..lepas ni ada mensentsu(interview) lak..Makan pon dah tak lalu..cuak tak abis lagi..

Tepat jam 1,mensetsu start..aku org kedua..Ain pertama,n syamim keempat..Bermacam2 soalan ditanya panel yang seramai 3org..nasib baik yg tengah tu pakcik sempoi..lega2..boleh gelak2 gak..Tawakal ja la...

Alhamdulillah dah setel suma..Petang tu berangkat balik..Sebelum balik tu pi makan kat joyful..Malam tu baru sampai Tokyo,janji jmpa Sob,pastu pi karaoke..n esok tu antar Syamim kat Haneda airport..Sekian..

Friday, June 27, 2008

yamaguchi...part1









Tanggal 19 Jun 2008 aku,syamim dan ain akan menduduki peperiksaan yg bagi kami amat besar dalam hidup ni..Ya la,exam penentu untuk masuk daigaku(universiti)..kami bertekad memilih Yamaguchi sebagai langkah sterusnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah..

Petang 18Jun,Jumaat..
Berjanji ngan Syamim nak jmpa kat Tokyo station..Dia yg terbang dari Hokkaido dijangka sampai Haneda dalam pkol 4..Aku sampai dulu di Tokyo Eki..sambil2 tunggu dia mai,aku pi la cek2 tiket shinkansen(bullet train) kat mesin jual tiket tu..skali tgk,shiteiseki(reserved seat) nya tiket suma dah abis..arghh yabai2..takkan la nak berdiri kat jiyuuseki(non-reserved seat) kot..huh,tak feel gila naik shinkansen tp kena berdiri..Setengah jam lepas tu Syamim pon sampai kat Tokyo eki..tgk rambut dia pendek mcm tentera nak tergelak pon ada..So kami terpaksa beli tiket jiyuuseki sbb shiteiseki dah abis..huhu..round trip ada la dlm 33000yen(rm1000) camtu..mahal kan?huhu..nak buat camna..ni la jepun..benda pa yg murah..nasib baik masuk tandas free ja suma..

lepas tu kami pon masuk la ke platform..ada satu shinkan ni 5.30..tp org dah beratur panjang..hmm..kami pon try ja la beratur..mana tau dapat duduk ka..pastu bila pintu dibuka,suma masuk n alhamdulillah ada kerusi kosong utk kami..huhh lega2..lagi 2 minit shinkan nak bertolak..tp hati ni mcm tak yakin la plak..btoi ka shinkan ni pi shin-yamaguchi tanpa perlu norikae(transit)??..hati tak sedap,aku pon kuaq tanya eki in(station officer) yg ada kat luar pintu tu..skali tgk silap maa..shinkan ni tak pi sampai shin-yamaguchi..kena norikae kat mana ntah..oh no!..bukan takmau norikae,tp takut dah lewat,nnti tak sempat lak norikae..apa lagi,masuk balik n bgtau syamim suruh kuaq cpat2..huhu..nasib baik sempat..


so terpaksa la tunggu last shinkan..pkol 6.10 ptg..skali tgk shinkan yg mai tu N700..baru tuh..wpon dah penah naik tahun lps dari nagoya ke tokyo,tp masih teruja..ntah,aku ni shinkan otaku kot..haha..dan kali ni kami tak perlu risau ada seat utk kami ka tidak sbb kami la org paling depan beratur..yes!..dapat duduk..tepat jam 6.10 shinkan pon bertolak...

laju..tu ja la perkataan paling sinonim ngan shinkan ni..kami terlupa sumting!..lupa nak beli bento(bekal makanan)..oh tidak..lapaq tahap gaban..tggu kakak crew mai jual makanan tp tak sampai2 pon..maybe kami duduk jiyuuseki so dia susah nak lalu sini..huhu...serius lapar gila..risau gak sbb esok tu exam penting,buatnya masuk angin..buat2 tidoq ja la..2jam lps tu baru la leh beli makanan..tu pon leh mkn coklat ngan sebatang chikuwa..ok la alas perut..tokyo-yamaguchi yang berjarak 1000km,mengambil masa 4jam lebih utk sebatang shinkansen nozomi utk smpai..

pkol 10 lebih kami pon sampai la shinyamaguchi...nak kena norikae naik futsu densha pi ube..skali tersilap norikae maaa...huhu..cuak gila ar..dah pkol 11 lebih,tu la last train..tanya pakcik driver tu,dia kata turun kat last stesen,ube shinkawa...lega2..
ok setakat ni dulu..penat2

Wednesday, May 28, 2008

Oyama Kouen










Petang bila ntah,pergi bersiar-siar ngan Pai n kohai,Sapuan..Test2 kamera Nikon d60..wah memang best ar kamera ni..

Sunday, May 25, 2008

Takziah

Salam takziah buat temanku Syamim
Ayahnya pergi menemui Ilahi tanggal 24Mei..Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Al-Fatihah..Semoga ang tabah meneruskan ujian dan dugaan Allah SWT..Yang masih hidup teruskan perjuangan..Aku mungkin bukan terbaik untuk ang,tapi aku selalu ada di sini untuk mendengar segalanya..Ganbarou!!..

Saturday, May 24, 2008

Lelaki dan Sutera

Memandangkan Ujian kemasukan ke Universiti di Jepun sudah hampir waktunya,maka pada waktu beginilah masing-masing sibuk belajar dan tidak ketinggalan juga persiapan pakaian,iaitu kot dan tali leher..aku sebenarnya dah lupa mengenai perkara ni,tetapi ada seorang kawan yang mengingatkan bahawa lelaki diharamkan memakai sutera..betul jugak kan,lelaki diharamkan memakai sutera dan juga sebarang jenis emas..

aku cuba mencari tie selain dari sutera/silk atau dalam bahasa jepun nya dipanggil kinu.tak kira di japan auction mahupun jusco oyama sekalipun,kebanyakannya diperbuat daripada sutera 100%..aku sudah bertanya dengan makcik kedai di jusco tu,dia kata semuanya dari sutera..

So aku ingat nak pakai tie JPA bagi sebelum fly aritu ja la..tapi tgk kat belakang tie tu,tertulis perkataan yang sgt jelas.."SILK 100%"..hmm..tie yang JPA bg pon diperbuat dari sutera???dalam hati mengutuk.."apa la JPA ni,bagi kami tie sutera"..

aku tanya juga kawanku yang arif atau mungkin boleh dikatakan lebih mendalam ilmu agamanya..dia pon kata lelaki memang takle pakai sutera..hmm..

aku telefon pula Mak di kampung..Mak kata kalau tie ok kot..sebab bukannya pakai di badan atau melitupi seluruh badan kan...Hmm..banyak pendapat disini..

aku dah check kat internet td..
beginilah ayat-ayatnya

Hukum memakai tie (tali leher) daripada 100% pure silk (sutera tulin):
Dalam hal ini kita membawa dalil hadis yang berbunyi:
HR Muslim dari Umar al Khattab bahawa RasuluLlah saw melarang memakai sutera kecuali pada tempat selebar dua, tiga atau empat jari..

Dalam kitab Nahjul Balaghah (Imam Ali), sedikit sutera utk lelaki adalah diharuskan, sebab itu adalah bab berpakaian, dan kemungkinan pakaian itu memerlukan sedikit sutera.

Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah, Jld 2) berpendapat memakai sedikit sutera bagi lelaki adalah harus.

Rumusan:
Hukum haram sutera ialah bila kita memakai keseluruhan pakaian itu daripada sutera; tapi jika hanya tie saja yang diperbuat drpd sutera, maka ia adalah harus. Sebab tie itu hanyalah sebahagian kecil daripada pakaian keseluruhan kita yang tersiri daripada baju, singlet dan seluar serta kot.

Jumhur fuqaha juga bersependapat, jika fabrik pakaian seperti baju itu bercampur dengan sutera dan fabrik lain lebih banyak drpd sutera, ia juga adalah harus memakainya.

Wednesday, May 21, 2008

malam yang indah

Salam
Jam di komputer aku menunjukkan 4.04 pagi(3.04 pagi waktu Malaysia).Sudah cuba sedaya upaya untuk melelapkan mata.Tapi macam susah ja..Esok kls 8.40 pagi..Ntahla,apa yang mengganggu fikiran aku malam ini..Mungkin petang tadi dah tertidor sebentar.Agaknya sebab tu la susah nak lelap malam ni..Hmm mungkin la

Hari ini kelas seperti biasa..seperti sebelum2 ini..tiada apa yang spesel.Pagi tadi dapat mail dari Houjyo Sensei.Dia cakap suruh buat slide presentation cepat2.Rabu depan dah nak kena present.Hmm..aku dah try buat tadi.Alhamdulillah dah 60% siap..Tahun lepas nya `rinko` aku satu group ngan budak2 Jepun,so takla kalut sangat nak pikir nak buat ayat apa.tapi tahun ni last projek.Sorang2..huhu..semuanya sorang2..ada la Sensei tolong skit2..takpa la,baru berdikari skit kan..

Petang tadi pergi Jusco.Shopping apa yang patut utk bekalan seminggu..Sayur,bawang..mcm2 lagi la..penuh raga basikal..kat handle pon sangkut.Hmm nasib baik la Jusco dekat ngan kosen..benri2..

Kalu kat Malaysia,bila tgk Mak Abah skali shopping,mau penuh troli diisi.maklumla banyak barang dapur nak kena beli..itu ini..tgk skali Abah bayar mau dekat rm200..huhu..beratnya tanggungjawab seorang Ayah kan..jaga makan minum,pakaian anak isteri..bila dah hidup sendiri kat sini,suma barang kena beli sendiri,urus duit sendiri,baru la kita tahu betapa susahnya nak cari duit.betapa pentingnya duit.dulu kat umah asyik minta duit kat abah..nak beli baju la,seluar la..huhu..kesian Abah..mesti pening pala ngan aku sorang ni..nak mcm2..hmmm...

Nanti keja apa ya?dah kena pikir ni..nak keja,ada keta sendiri,ada umah sendiri,ada isteri sendiri..hehe..nak anak 4 orang..ntahla..kadang2 best gak berangan..syok sendiri..takpa la,angan2 kalau ada azam okey ja kan..mampukah aku memikul tanggunjawab besar tu..bukan senang nak jaga anak dara orang..tanggungjawab aku utk Mak Abah aku takkan aku lupakan..insyaAllah..

K la..nak try lelapkan mata..sambil berangan yang indah2..huhu..
Wassalam