Sunday, January 27, 2008

sepetang di musim dingin

hari ini sangat bosan.aku mengambil keputusan untuk keluar berbasikal menghirup udara segar di luar.bersiap-sedia dengan menyarung 3helai baju dan sehelai `down jacket`.bersarung tangan dan mafla,cukupla sekadar menahan kesejukan di luar.

basikal biru 8000yen(rm200 lebih) yang ku beli semasa hari pertama ku disini masih setia berkhidmat untukku.adalah suatu perkara biasa di sini apabila melihat orang berbasikal.tak kira golongan kanak2 hinggalah yg tua.mungkin di Malaysia,budaya berbasikal hanyalah diamalkan semasa zaman persekolahan.

sejuk.teramat sejuk.telinga aku rasa seperti seakan2 mahu tertanggal dari badanku.kebas,pedih,aku gagah jua mengayuh sehingga ke destinasi.tiupan angin salju menusuk hingga ke tulang hitam.

langit petang sangat indah.entah kenapa,aku rasakan lain benar langit di sini.sangat indah memukau hati.indahnya alam ciptaanNya.Subhanallah...

20minit kemudian aku sampai ke destinasi,Harvest Walk.sebuah tempat membeli belah yg agak besar di bandar Oyama.banyak barang yg menawan di hati,tp apakan daya,tiket kapal terbang tak beli lagi.nanti kempunan plak nak balik~~

cukupla sekadar snow cap dan kemeja sehelai.

sedar tak sedar,sang matahari meninggal pergi,sang bulan pula menggantikan tempat.

aku perlu beredar...