Tuesday, February 19, 2008

Terbang Pergi















Aku masih ingat kejadian yang berlaku sewaktu aku masih kecil..Menghantar abang ke-2 ku di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim A.Star..Pulangnya ke Kuala Lumpur cuma,mahu merasa naik kapal terbang katanya..

Tatkala bersalam perpisahan di balai perlepasan,aku tidak melepaskan peluang pergi ke luar pagar untuk melihat "burung gergasi" itu berlepas..

Tidak macam sekarang di klia mahupun penang airport,dulu di LTSAH kena berjalan kaki dan memanjat tangga untuk ke pesawat..maka dari luar pagar itu aku dapat melihat kelibat abangku..Tangan melambai tanda perpisahan..

Aku teruja..aku kagum dengan "burung" itu..bunyinya yg bising tapi cukup syahdu di telingaku..Aku suka akan bunyi itu..Dan di saat itu juga tanpa disedari aku jatuh hati padanya..

Saat berlepas hinggalah tayar berpisah dengan bumi,tak sesaat pun aku terlepas pandang..

"Mak,ceq nak naik juga!!"..kataku

"Ceq belajar rajin-rajin,nanti naik la selalu no"..emakku menjawab lembut..

Keluargaku bukanlah berada untuk aku merasa menaiki burung itu..Aku pegang janji itu..

Alhamdulillah...
aku bersyukur kepadaNya..
aku bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang..

Bukan niat untuk bermegah diri,cukuplah mahu berkongsi cerita

Dan sekarang,aku pula yang terbang pergi..jauh..
Jauh beribu batu..

Tatkala jasad meninggalkan bumi,daya graviti memainkan peranan,dan saat itu juga airmata tanpa dipinta jatuh berguguran..
Sunyi sangat hati ini..Teringatkan mereka yang ditinggalkan di sana..

Aku pernah mendengar lagu Rabbani bertajuk Hidayah..
"Jangan biarkan daku terbang di awangan..sungguh ku merindukan..rasa..indahnya kemesraan bermainan..Airmata berlinangan tidak akan daku endahkan.."

No comments: