Saturday, February 09, 2008

Yuki
















Hari ini buat kesekian kalinya,salji turun lagi..
lebat..butir2 nan memutih itu memukau pandangan sesiapa sahaja yg melihatnya.
lebih2 lagi aku,seorang perantau di bumi asing


melihat butiran2 salji yg galak turun membasahi bumi sudah cukup membuatkan hati aku berbunga riang...
jalan,pokok2,padang,hampir segenap sudut,malah tebalnya bersenci2 mungkin
gambar ditangkap menjadi bukti
ya,aku bukan berada di tanah airku


tetapi tidak bagi sesetengah masyarakat Jepun
salji itu menyusahkan..
mengganggu aktiviti harian..
salji juga boleh membawa kecederaan
dan maut..


baru2 ini,Metropolitan Tokyo huru-hara
keretapi laju(shinkansen) tergendala perkhidmatan
kapal terbang terutamanya penerbangan domestik ditunda
aktiviti2 sukan dibatalkan
beberapa orang cedera
semuanya kerana salji


Tapi,bagi aku
dan juga sesiapa sahaja yang mengerti apa itu rahmat dari yg Maha Esa
pasti akan kagum dengan kuasaNya

Salji nan memutih,kau turun bagaikan mutiara
namun di sebaliknya
penuh dengan ujian dari Allah yg Maha berkuasa

No comments: